IKIM.fm merupakan salah satu saluran radio yang terdapat di Malaysia. IKIM ialah singkatan kepada Institut Kefahaman Islam Malaysia, iaitu pengendali stesen radio ini. Ia dipancarkan menggunakan frekuensi 91.5 MHz (di Lembah Klang) dan dipancarkan ke seluruh negara. IKIMfm dilancarkan secara rasminya oleh Perdana Menteri ketika itu, YABhg. Tun Dr Mahathir Mohamad pada 6 Julai 2001.